Wednesday, 25 July 2012

PUASA!!!!PUASA!!!PUASA!!!!

bulan ramadhan di almashoor!!!

ASSALAMUALAIKUM

hmmmm.... seperti yang kita semua sedia tahu, bulan pun nama bulan puasa... so.... kita orang puasa laaaa.
tak kan lah nak raya terus....:p
meh kami cerita sikit pasal aktiviti yang diadakan di sekolah kami.....
TERSEBUTLAH AL-KISAH......

SMKA(P)ALMASHOOR!!! 
PUASA!!PUASA!!!PUASA!!!
(melodi mcm laungan merdeka)
-bunyi cengkerik-
tak de lah sampai camtu...'~"
kami warga almashoor sambut biasa jerrr....
sesi persekolahan kami bermula dengan TADARUS AL-QURAN...
bismillahhirrahmanirrahim...

seterusnya, sesi persekolahan dimulai seperti biasa. cuma.... waktunya ditolak 5 minit!!! SEBABBBB....
 ada sembahyang zohor berjema'ah
~ALLAHUAKBAR ALLAHHU AKBAR~
{JAWAB JNGN TAK JAWAB}
diimamkan oleh ustaz2 yg hencem hencem belaka.... hihihi:p
 Diteruskan pula dengan tazkirah yang disampaikan oleh kakak2 lower six...yg kiut miut tuuuuu....:*

korang tahu tak apa maksud bulan ramadhan???? 
hah.. JAWAB!! TAHU TAK....
IANYA BERMAKSUD.... bulan yang panas!!! tapi ramadhan tahun ni tak berapa nak panas kan... 
ALHAMDULILLAH...:)

untuk warga asrama pula....
diorang boleh balik TIAP TIAP MINGGU!!!
TAPI...
kat asrama diorang;
isnin hingga khamis;
  • pagi diorang pergi sekolah
  • berehat.....PENAT!!
  • 6.15 TADARUS
  • MAQON!!!(MAKAN)
  • solat maghrib,isyak,taraaawihh!!
  • tidoq... innalillah...  
outsider pulak.... 
buat kerja sendiri arrr...  jangan lah busy bosy!!!:p

sekian wabillahi taufik walhidayah....
wassalamualaikum warahmatullah....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BULAN PENUH BARAKAH!!:)

Thursday, 3 May 2012

MaJliS koRbaN sEMpena EidUL adHA 2011,,,,,*_*

                 








             

~ sEJaRAh MeNghAruMKaN nAMa SekOLaH ~ =)


AIDA NAQUIAH PELAJAR TERBAIK SPM 2007

brtapic41

17 MAC 2008 - Kejayaan dua kakaknya kesayangannya menjadi pembakar semangat kepada Aida untuk terus berusaha sehingga meraih keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini. Aida Naquiah merupakan pelajar terbaik SPM sekolah 2007 dengan memperolehi 12A1 dan 1B3. Kejayaaan beliau merupakan hasil dorongan ibunya, kakaknya serta tunjuk ajar guru-guru tanpa mengenal jemu. Aida merupakan seorang pelajar yang rajin di dalam kelas, sentiasa bertanyakan guru terhadap setiap masalah akademik dan kerap membuat nota setiap waktu pembelajaran. Beliau yang mendapat 5A UPSR dan 9A PMR sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang tugasan dan aktiviti di sekolah. Temannya Naimah Binti Tahir ( bersama-sama Aida di atas ) meraih tempat kedua dengan 11A1 dan 1B. Sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelajar-pelajar cemerlang dan teruskan kecemerlangan anda dengan lebih baik lagi di masa hadapan.






KEPUTUSAN PMR 2007 MENCATAT SEJARAH, NUR HAZEERAH HASHIM KEDUA TERBAIK PMR DI PULAU PINANG



brtapic1

28 Disember 2007 – Sekolah dikejutkan buat kali pertamanya dengan jumlah pelajar 9A dalam keputusan PMR 2007 sebanyak 40 orang. Jumlah ini sekaligus menjadikan pelajar-pelajar PMR 2007 terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun keseluruhan lulus adalah 99.71%. Manakala jumlah 8A pula sebanyak 18 orang, 7A sebanyak 14 orang, 6A 12 orang dan 5A 11orang. Pelajar 3 Iltizam, Nur Hazeerah Bt. Hashim (gambar di atas di sebelah kiri sekali) merangkul 9A terbaik di sekolah dan kedua terbaik di seluruh Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Di atas adalah wajah-wajah pelajar yang mendapat keputusan 9A. Sekolah amat mengharapkan agar pelajar-pelajar tersebut terus berusaha dengan lebih cemerlang untuk peperiksaan SPM kelak. Kepada pelajar-pelajar bakal PMR tahun 2008 diharap dapat berusaha menandingi pencapaian PMR 2007.( Klik untuk lihat keputusan, analisa dan peratus gred)

SeJaRah KawAT kAki PKBM 2oo8 , SmKA (P) aLmASo0R

7 MEI 2008 – Tahun 2008, sekolah telah berjaya menghantar wakil untuk pertandingan kawat kaki setelah dua tahun menyepi. KRS dan PKBM yang telah menang naib johan dalam pertandingan kawat kaki daerah negeri telah berjaya memasuki pertandingan peringkat negeri di SMK Teluk Bahang. Walaubagaimanapun, PKBM telah meraih naib johan negeri manakala KRS ditempat yang keempat. Pelajar Tingkatan 4 Abqar, Wan Nur Husniyyah telah meraih Johan Ketua Platun terbaik negeri. Sekolah tetap merasa bangga dengan pencapaian peserta semua dan semoga tahun yang akan datang kita bakal merangkul johan negeri.


PERTANDINGAN KAWAT KAKI NEGERI, PKBM MENCIPTA NAMA
brtapic7


Saturday, 28 April 2012

HaRI gURU 2011..(sweet MeMOriES)

                           


                                     guru2 DaRipAda PasuKAn KUning (wArnA diRajA)

GurU-gURu SmKa (p) aLmAShOor..^_^


             BeRGamBar KetIKa MERaYakAN SamBUtAN HAri RayA Di SMkA(p)AlMAsHOor

puSat SumBEr SEkoLAh.....=D


MAKLUMAT PSS SMKA(P) ALMASHOOR

Kod Sekolah :PRA 1002
Gred : A
Nama dan Alamat :Sekolah SMKA(P) ALMASHOOR
Medan Lim cheng Teik, 10250,
Georgetown,P.Pinang.
No Telefon :04 2274363
No Faks 04 2299363
LamanWeb :www.smkapmashoor.net
Email: smkapmashoor@japim.edu.my
Kategori Sekolah: Cemerlang

Kod PKG :PQA1004TANJUNG BUNGAH
Tel. : 04 2274363
Nama Pengetua :Puan Solehah Binti Awang
Guru PSS :Puan Zainab Binti Ibrahim
Guru P. Akses :En. Hasrol Bin Hasshim
Bil. Guru Lelaki :8
Bil. Guru Pmpn :40
Bil. Pljr. Perempuan :557

Analisa bahan di PSS
A.Bil.buku :
B.Bil. CD Audio :
C.Nama Sistem Automasi :
Penyelaras ICT : Hasrol Hashim

A.Bil. Komputer di makmal 1 :22
B.Bil. Komputer di makmal 2 :22
C.Bil. Komputer di P.Akses :10
Fasa P. Akses : 3

FizIkaLnyA......+_+


                         Fizikal Smka (P) Al-mashoor


  
Perkara
Unit
  Lokasi
Medan Lim Cheng Teik 10250 Jalan Burmah Pulau Pinang .
  Luas
  0.75 hektar
Bilangan kelas
20
Bil. Pelajar:
509 (2012)
Bil Staff (Guru)
48orang
Bil. Staff sokongan
13 orang
Bil. Blok Bangunan
3 blok
Bil. Bilik Darjah
20 buah
Bil Bengkel KH
2 bilik
Bil. Makmal Sains
4 bilik
Perpustakaan
1 bilik
Unit Media
1 unit
Makmal ICT
2 bilik
Bilik Literasi
1 bilik
Bilik Unit Peperiksaan
1 buah
Bilik Buku Teks
1 buah
Kantin
1 buah
Dewan
1 buah
Surau
1 buah
Gelanggang
1 buah
Koperasi
1 unit
Asrama
2 blok

~kE!StIM3wAan AsRama~


                              Keistimawaan Asrama

Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilometer. Para pelajar terpaksa berulangalik menaiki bas ke sekolah dan kegiatan kokorikulum yang diadakan di sekolah. Asrama  mempunyai  padang dan kawasan untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah. Asrama mempuyai aktiviti dan program tersendiri untuk membimbing pelajar ke arah cemerlang akademik dan syahsiah. Antaranya Tuisyen oleh guru berpengalaman, Motivasi, Majlis kerohanian seperti Qiamullail, kelas Kemahiran Fardu Ain dan Al-Quran dan sebagainya.

BiODatA & waWAsaN PEnGetuA...=)


Biodata Dan Wawasan Puan Hajah Solehah Awang           ( puan pengetua)


Puan Solehah Awang dilahirkan pada 2 September 1957 di Kg. Kubang Julai, Tokai, Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Rambai kemudian ke Sek.Men.Agama Simpang Empat dan Maktab Mahmud. Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Syariah Islamiah. Suaminya merupakan pengetua SMKA Nibong Tebal. Beliau mempunyai 4 cahaya mata.
Beliau memulakan khimat sebagai guru di SMK Panglima Bukit Gantang (1981-1985) kemudian SMK Ibrahim (1986-1998) kemudian SMK Dato Bijaya, Sg.Petani (1999-2000) kemudian di SMK Kg. Nangka, Sarawak ( 2000-2001) kemudian SMK Tunku Abd.Rahman (2001-2002), SMK Cik Alwi (2002-2004) kemudian di SMK Syekh Barakbah (2005-2007), Jawi, P.Pinang sebagai PK Pentadbiran dan seterusnya menjawat pengetua di SMKA(P) AlMashoor pada Ogos tahun 2007.
Persepsi awal tentang sekolah ini ianya ialah sebuah sekolah yang berjenama, mempunyai pelajar dan guru yang cemerlang serta mampu untuk mencapai kecemerlangan semua bidang. Persepsi beliau yang terkini ialah masih lagi sama seperti persepsi awal beliau terutamanya dari segi ciri-ciri dan budaya yang terdapat di sini.
Wawasan dan sasaran beliau ialah untuk meletakkan nama sekolah di dalam kelompok sepuluh yang teratas di dalam negara. Untuk menjalankan sasaran ini,beliau ingin memantapkan pembelajaran pelajar dengan mengadakan 'head count' iaitu mengenalpasti pelajar yang lemah dan membantu mereka mencapai sasaran di dalam PMR, SPM dan STPM. Pelajar yang berpotensi akan dibimbing oleh guru-guru yang lain. Selain itu juga, beliau juga ingin mewujudkan sistem jaringan maklumat yang lebih efektif.
Beliau berharap agar sekolah ini dapat mengekalkan identiti tersendiri, menjadi model kepada sekolah yang lain dan dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

-asRamA-

                               ~  AsRamA sMka (p) ALmAsHOor ~                        




1. NAMA SEKOLAH : SEK.MEN.KEB.AGAMA(P) ALMASHOOR,P.PINANG 2. ALAMAT : MEDAN LIM CHENG TEIK 10250 PULAU PINANG 3. KOD SEKOLAH : PRA 1002 4. LOKASI : BANDAR 5. DAERAH : DAERAH TIMUR LAUT 6. PPD : PPD PULAU (TIMUR LAUT) 7. TELEFON : 04-2274363 (SEKOLAH) 04-2268663 (ASRAMA) 8. FAX : 04-2274363 (SEKOLAH) 9. E-MAIL : 10. JENIS ASRAMA : ASRAMA HARIAN 11. PKAH : 3 (CEMERLANG) 12. KAPASITI ASRAMA (L/P) : 210 PEREMPUAN
13. KEMUDAHAN ASRAMA : a) Blok Asrama : 2 b) Bilik Asrama : 18 c) Bilik PREP : 4 d) Bilik Rawatan : 1 e) Bilik Rehat : 1 f) Pejabat Penyelia : 1 g) Surau : 2 h) Bilik Stor : 13 i) Tandas : 36 j) Bilik Mandi : 34 k) Bilik Basuhan : 1 l) Tandas Septik : 3 m) Fire Hose rill : 16 n) Rumah Warden : 3 o) Dewan Makan : 1 14. Anugerah Asrama : Asrama Lima Mutiara (Tahun 2002,2003,2004 &2005)
15. LATAR BELAKANG ASRAMA:
i. Sejarah Pembukaan Asrama Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang boleh memuatkan 210 orang pelajar
16.Keistimewaan Asrama :
Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilometer. Para pelajar terpaksa berulangalik menaiki bas ke sekolah dan kegiatan kokorikulum yang diadakan di sekolah. Asrama tidak mempunyai sebarang padang dan kawasan untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah. Asrama mempuyai aktiviti dan program tersendiri untuk membimbing pelajar ke arah cemerlang akademik dan syahsiah. Antaranya Tuisyen oleh guru berpengalaman, Motivasi, Majlis kerohanian seperti Qiamullail, kelas Kemahiran Fardu Ain dan Al-Quran dan sebagainya.  

Wednesday, 18 April 2012

PeNg3NalAN....


logosekolah
Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah – bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna keislaman.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang. 



                                                                            VISI
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah  terbilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI    
Memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi negara.
MOTO    
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak





Wednesday, 29 February 2012

colour of our school(almashoor islamic girl school)

                                                         history of our colour

ASSALAMUALAIKUM.........
hello saya sofiya(S)!!!!
halloo saya Aimi(A)... . !!

(S):AWAK SEMUA NAK TAHU TAK...... kita orng buat blog ni utk memenuhi hutang module literasi tingkatan dua tahun 2012 kami dalam subjek LITERASI KOMPUTER yg telah tertangguh selama beberapa minggu.... paling tepatnya.... lebih SEBULAN!!! percaya tak?
(A):a'h ! betul tu.....kalau korang nak tau cikgu NOR HAFIZA BT MOHD NOOR yg lahir pada 7/8.... YG COMEY tuuuuu....yg mengajar kami kelas 2 INTISOR!!!!!
(S):So...sebelum kita orang nak start cerita ni....biar kitorang jelaskan maksud history of our colour.
HISTORY=sejarah...of ourCOLOUR=SEKOLAH KAMI......(ade ke orng gambarkan sekolah sbg colour)
(A):kalau korang nak tahu....in english we call it ALMASHOOR ISLAMIC GIRL SCHOOL. kalau bahasa melayu ... korang mesti tahu kan....
(S):ehemm....(nak speaking cket).... almashoor is actually a small school or should i say a very small school.. the school only got 3 building shaped *U*.
(A):yeah! btul tu btul... walaupun sekolah ni kecil tapi penghuni sekolah ni sangat friendly... mcm saye....hehehehe....
(S): nak tahu tak tahun kitorang dpt adik.... comey2  belaka.... syok nya ada adik... saya nak adik....
(A):maaf kami terpaksa potong line yg seterusnya kerana cik sofiya dah jadi kurang waras...
eh.. kita dah lari daripada topic laa....kami sebenarnya nk cerita pasal sejarah almashoor perempuan.... tapi dah termasuk topik lain...
(s):UNTUK PENGETAHUAN UMUM sekolah kami yang dibina pada tahun 1916 ini dah pun berusia 96TAHUN. tua kan... eeeeeeeee....rasa tua lah......tapi takpe...saya masih muda tak tua lagi lah.....sekolah ni yang tua bukan kami kan... tak gitu aimi???
(A):begitu begitulah sofiya ooii!!! ok . sekolah kami ni memang kecik tapi tak lama lagi akan berubah tmpt dah tau... so it will be bigger than our school nowadays.....-_-...
(S):besar ke kecik ke janji ada cikgu n murid untuk menggambarkan suasana P 'N' P.... KAMI X TAU NK CKP APA!!!!!!!!! tapi boleh dikatakan yg almashhor ni antara sekolah yg terkecil di PULAU PINANG!!!!
(A):cikgu yg seramai 48 orng nk mengajar seramai lebih drpd 500 org pelajar PEREMPUAN yg ganas ganas belaka....GANAS dr segi perangai,,GANAS dr segi kokurikulum..GANAS dr segi pencapaian.. dan mcm mcm GANAS lagilah.......
(S): kami tak tau lah nak crita apa......
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.SMKA(P)ALMASHOOR;com