AIDA NAQUIAH PELAJAR TERBAIK SPM 2007
17 MAC 2008 - Kejayaan dua kakaknya kesayangannya menjadi pembakar semangat kepada Aida untuk terus berusaha sehingga meraih keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini. Aida Naquiah merupakan pelajar terbaik SPM sekolah 2007 dengan memperolehi 12A1 dan 1B3. Kejayaaan beliau merupakan hasil dorongan ibunya, kakaknya serta tunjuk ajar guru-guru tanpa mengenal jemu. Aida merupakan seorang pelajar yang rajin di dalam kelas, sentiasa bertanyakan guru terhadap setiap masalah akademik dan kerap membuat nota setiap waktu pembelajaran. Beliau yang mendapat 5A UPSR dan 9A PMR sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang tugasan dan aktiviti di sekolah. Temannya Naimah Binti Tahir ( bersama-sama Aida di atas ) meraih tempat kedua dengan 11A1 dan 1B. Sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelajar-pelajar cemerlang dan teruskan kecemerlangan anda dengan lebih baik lagi di masa hadapan.
KEPUTUSAN PMR 2007 MENCATAT SEJARAH, NUR HAZEERAH HASHIM KEDUA TERBAIK PMR DI PULAU PINANG
28 Disember 2007 – Sekolah dikejutkan buat kali pertamanya dengan jumlah pelajar 9A dalam keputusan PMR 2007 sebanyak 40 orang. Jumlah ini sekaligus menjadikan pelajar-pelajar PMR 2007 terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun keseluruhan lulus adalah 99.71%. Manakala jumlah 8A pula sebanyak 18 orang, 7A sebanyak 14 orang, 6A 12 orang dan 5A 11orang. Pelajar 3 Iltizam, Nur Hazeerah Bt. Hashim (gambar di atas di sebelah kiri sekali) merangkul 9A terbaik di sekolah dan kedua terbaik di seluruh Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Di atas adalah wajah-wajah pelajar yang mendapat keputusan 9A. Sekolah amat mengharapkan agar pelajar-pelajar tersebut terus berusaha dengan lebih cemerlang untuk peperiksaan SPM kelak. Kepada pelajar-pelajar bakal PMR tahun 2008 diharap dapat berusaha menandingi pencapaian PMR 2007.( Klik untuk lihat keputusan, analisa dan peratus gred)